Kesian Jimmy..



JIMMY...minta hidayah

NURSUHAILA...mahu cerai
KUALA LUMPUR: Hiba apabila impian untuk meraikan Aidilfitri sebagai ‘orang berkeluarga’ tidak kesampaian, pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh berkelana membawa diri menunaikan umrah di Makkah, sekali gus menyambut 1 Syawal bersendirian di Tanah Suci itu.

Jimmy, 31 yang yatim piatu menggemparkan dunia hiburan tanah air selepas pernikahannya pada Oktober tahun lalu, bergolak selepas 20 hari apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meninggalkannya ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.


“Sedih rasanya apabila hasrat untuk berhari raya bersama isteri dan anak tidak kesampaian. Ingatkan selepas berkahwin saya boleh menumpang keluarga isteri dan mentua, tapi itu semua tidak kesampaian. “Apapun, saya pasrah kerana sedar kita merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya dan pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini,” katanya melalui SMS kepada Harian Metro.

Mengimbas rentetan kontroversi rumah tangganya, selepas pergolakan Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat diikuti nusyuz terhadap Nursuhaila di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 3 dan 27 Januari lalu.


Perhubungan suami isteri itu tampak menerbitkan riak-riak positif apabila Nursuhaila selamat melahirkan cahaya mata mereka yang diberi nama Zahrah pada 24 Jun lalu dan Jimmy mengeluarkan kenyataan mahu menarik kembali tuntutan mahkamah yang difailkannya.


Bagaimanapun, kedamaian rupa-rupanya terus menjauhi mereka apabila Nursuhaila mengadakan sidang media pada 25 Julai lalu mendakwa Jimmy sering memukulnya termasuk pada malam sebelum majlis akad nikah dan ketika mereka berbulan madu di Koh Samui.

Malah, keadaan menjadi semakin ‘panas’ apabila Nursuhaila mendakwa suaminya turut berbohong kepada media memberitahu majlis cukup jambul anak mereka yang diaturkan bapanya, Datuk Suhaimy Othman pada 27 Julai lalu dibatalkan tanpa memaklumkan kepada keluarganya.


Berang dengan tindakan Jimmy, Nursuhaila memberitahu dia mahu meneruskan perceraian dan akan menuntut hak penjagaan anak mereka biarpun di pihak Jimmy, sebutan kes permohonan kembali taat dan nusyuz yang dibuat ke atas isterinya akan didengar pada 29 September depan.

0 comments:

Post a Comment

Disable Right Click


Adakah anda tidak suka orang lain mengambil apa sahaja kandungan dalam blog anda.?
Dan pada masa yang sama anda tidak suka dengan kod² yang berserabut yang perlu di edit dalam 'edit html'. Kini ada cara mudah untuk realisasikan hasrat anda.:)

Kenapa Perlu Disable Right Click.?
Kebiasaannya,seseorang pemilik blog akan menggunakan fungsi ini untuk megelakkan orang lain mengambil apa yang ada dalam blog mereka. Samada tidak senang ayat mereka ditiru bulat² (copy paste), ataupun untuk mengelakkan bandwidth habis digunakan. Kebiasaan alasan yang aku selalu baca adalah kerana ada orang yang copy entri mereka bulat².

Berikut adalah contoh msg yang akan keluar apabila anda aktifkan disable right click
Disable Right Click dalam blog



Berikut adalah cara yang mudah untuk menggunakan fungsi ini.


1. Copy kod ini.
<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="Masukkan Mesej Anda Disini";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>


2. Paste pada "HTML/javascript" dalam blog anda.
Dashboard >Layout>Add a Page element >html/javascript. Kalau masih kurang jelas, klik sini.


Apabila sudah siap, save dan lihat kesannya pada blog anda.:)

0 comments:

Post a Comment

Cara Buat Perkataan Bergerak (Scrolling/Marquee Text


Membuat perkataan yang bergerak dapat menarik minat pengunjung terhadap pergerakan tersebut seterusnya menarik minat pengunjung apa yang ingin disampaikan oleh pemilik blog. Selain dikenali sebagai scrolling text, ianya juga dikenali sebagai marquee text.
Cara Buat Perkataan Bergerak

Walaupun pergerakan ini menarik minat, tetapi tidak digalakkan untuk diletakkan terlalu banyak di dalam blog kerana dibimbangi keadaan 'menarik' bertukar 'menyerabutkan'.:)

Berikut adalah tutorial untuk membuat perkataan bergerak.
Tutorial ini akan dimulakan dengan kaedah paling asas dan juga diletakkan penambahan.

1. Kod asas untuk perkataan bergerak (dari kiri ke kanan adalah)
<marquee>Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini seperti berikut:
Contoh scrolling text

2. Ubah pergerakan perkataan 
Penambahan kod berikut diperlukan dalam kod asal.
direction="left"
direction="right"
direction="up"
direction="down"


Berikut contoh kod untuk pegerakan dari kanan ke kiri
<marquee direction="right" >Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini adalah
Contoh scrolling text

3.Ubah warna background 
Untuk ubah background, perlu diletakkan kod berikut
bgcolor="#kod warna"

Senarai kod warna boleh didapati disini.

Contoh kod yang diletakkan background,
<marquee direction="right" bgcolor="#99CCFF">Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini adalah
Contoh scrolling text

4. Perkataan dalam keadaan 'anjal'
Penambahan kod berikut diperlukan ke dalam kod asal.
behavior="alternate"

contoh kod yang diletakkan trick ini.
<marquee behavior="alternate" bgcolor="#99CCFF">Contoh scrolling text</marquee>

Output untuk kod ini
Contoh scrolling text

5.Ubah kelajuan perkataan.
Pergerakan juga dapat diubah dengan menambah kod berikut
scrollamount="2"

Contoh kod dengan trick ini.
<marquee behavior="alternate" direction="left" bgcolor="#99CCFF" scrollamount="2">Contoh scrolling text</marquee>

Output:
Scrollamount :2
Contoh scrolling text

Scrollamount :4
Contoh scrolling text

6. Pause apabila cursor dilalukan.
Perkataan yang bergerak juga dapat dihentikan apabila dilalukan cursor. Kebiasaannya ini untuk memudahkan pengunjung untuk membaca apa yang ingin disampaikan tanpa ganguan.

Penambahan kod yang perlu dilakukan adalah
onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()"

Contoh kod dengan trick ini.
<marquee behavior="alternate" direction="left" bgcolor="#99CCFF" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" >Contoh scrolling text</marquee>

output untuk trick ini.
Contoh scrolling text

0 comments:

Post a Comment

hb



HB? Apa menatang tu? Hari Bulan? Hertha Berlin? Hang Busuk? Jenama Pensil? Errr... Owhh.. Short form 'Happy Birthday' rupanya.. Heheh.. Apa pendapat hangpa dengan orang yang wish birthday seseorang dengan hanya short form 'HB'? Terutamanya yang wish kat facebook atau SMS. Kalau macam kat dalam KAD di atas tu lain cerita la. Maksud aku, 'HB' sahaja semata-mata. Kalau "HB Solihin.. Semoga panjang umur..". Itu lain. Sila fahami betul-betul apa yang aku ingin sampaikan bagi mengelakkan salah faham. Faham!

0 comments:

Post a Comment