hb



HB? Apa menatang tu? Hari Bulan? Hertha Berlin? Hang Busuk? Jenama Pensil? Errr... Owhh.. Short form 'Happy Birthday' rupanya.. Heheh.. Apa pendapat hangpa dengan orang yang wish birthday seseorang dengan hanya short form 'HB'? Terutamanya yang wish kat facebook atau SMS. Kalau macam kat dalam KAD di atas tu lain cerita la. Maksud aku, 'HB' sahaja semata-mata. Kalau "HB Solihin.. Semoga panjang umur..". Itu lain. Sila fahami betul-betul apa yang aku ingin sampaikan bagi mengelakkan salah faham. Faham!



Sesungguhnya aku sangat tertarik dengan statement Abam Panda ni. Dan itu juga yang sering bermain di fikiran aku selama aku dok tengok gelagat orang wish besday dengan short form HB kat facebook.


Harus diingat, bukan semua orang berfikiran positif macam anda (yang ikhlas wish pakai short form HB). Ucapan HB boleh menimbulkan persepsi negatif si penerima.

1. Dia ni ikhlas tak wish besday aku?
2. Wish macam nak tak nak je.
3. Malasnya dia ni nak menaip.
4. Dia ni marah kat aku ke? Aku ada buat salah kat dia ke?

Antara alasan mereka yang guna shortform HB

1. Walaupun short form, tapi ikhlas.
Kalaulah keikhlasan tu boleh dilihat, pasti tidak akan wujud persepsi negatif. Contohnya, kita sapu sampah sambil duduk dan halai-balai, padahal kita ikhlas sapu sampah. Tapi, apa pandangan orang terhadap cara kita sapu sampah tu? Rasanya, lebih baik kita buat sesuatu biar nampak ikhlas daripada buat sesuatu yang nampak malas. Orang pun takkan bersangka buruk kalau kita tak cetuskannya.

2. Sibuk / Tiada masa
Walau sibuk macam mana sekalipun, better wish 'Hepi Besday' daripada 'HB'. Beza 1 saat je kot. Melainkan keyboard korang rosak, cuma huruf H dan B saja berfungsi. Heheh..

3. Tak kenal, tak rapat.
Kalau tak kenal, buat apa add kat FB? Sapa suruh main add rambang je? Kalau tak rapat, rapat-rapatkanlah. Takkan nak biar terus jadi tak rapat dengan short form HB yang annoying tu?

4. Lebih baik daripada tak wish langsung.
"Hek eleh.. Bagi betis nak paha. Macam bagus plak nak demand." Mesti ada yang cakap camtu kan. Hahaha.. Aku rasa, lebih baik tak wish langsung kalau kau nak cakap dia demand.

Aku bukan nak hentam sesiapa. Jauh sekali nak berlagak dan bajet bagus. Ini hanya cadangan dan saranan. Aku harap, apa kata kita ubah cara tu. Kan ada cara yang lebih baik. Elakkan daripada mengguna ringkasan yang boleh menyebabkan orang tersalah tafsir. Setahun sekali ja kot nak wish besday kat kawan kita tu. Salahkah kalau kita selitkan sedikit doa untuk dia sempena hari lahirnya? Terasala jugak dihargai sebagai seorang sahabat.


Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada semua yang wish besday aku semalam. Entry ni bukan nak pertikai cara korang wish besday aku semalam. Dah lama sebenarnya aku nak ulas pasal ni. Bagi aku, aku tak kisah kalau sesiapa yang wish dengan shortform 'HB'. Tu hak dia. Dia punya pasal. Aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif walaupun kadang-kadang rasa negatif tu sering mengganggu. Siapa yang wish 'HB' tu, aku reply 'TQ' ja. Adil la kan. Heheh..

sumber

0 comments:

Post a Comment